Hai…dah lama betul eny tk up date blog ni..bukan ape..sibuk sgt. Lepas ini InsyaAllah eny akan up date dengan lebuh kerap. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini eny dah ada blog sendiri…mai la singgah…http://ernysabrina.blogspot.com. Blog ini eny baru aje buka..dan ada banyak entri pasai kehidupan eny sebagai isteri..ibu…pelajar…dan kawan. ermm..jangan lupa singgah yer.
Bye
Last week…13 and 14 September 2008…was my best ever weekend. Minggu lepas, anak-anak hantar balik kampung ikut Kely. Lega jugak bila sesekali anak-anak tak der nih..at least kami dapat jugak ‘berdua-duaan’…hehehehe. Ermmm..apa lagi peluang yang ada nih kami gunakan untuk g shopping..jalan-jalan..
Hari Sabtu…gi Sogo. Punyalah ramai manuasi kat Sogo tuh sampaikan aircond Sogo tuh pun aku tak rasa dah…berhimpit-himpit beli barang apatah lagi bila nak bayar..eiiiii…memang ramai. Aku tak boleh sesak-sesak sangat, at last amik keputusan tak jadi beli barang. Sambil menuju ke Maju Junction, singgah kat Pertama Complex, gi Butik Levi’s di Ground Floor..erm, mulanya nak tengok ajer, tapi sambar jugak la satu untuk Abang..Levi’s 501 cost about RM325. Jean Levi’s memang agak mahal tapi kualiti memang tak dapat dinafikan..boleh tahan sampai 20 tahun..berbaloi beli….
Hari Ahad..pi Mid Valley Megamall..ermmm kul 11.00 pagi dah kuar untuk elakkan traffic jam. Beli baju anak-anak di Jusco dan Metrojaya. Dalam pukul 2.25 petang tengok wayang plak..cerita Black Water bayar RM 22. Aku rasa citer nih citer paling tak berbaloi aku bayar mahal..2 jam cuma citer dia kat tempat hutan paya bakau, kena serang ngan seekor buaya yang menganas, sembang-sembang atas pokok dan cari taktik untuk survive dari buaya tuh. Pelakon utama 3 orang dan seekor buaya (itupun guna teknik CGI), pelakon pembantu cuma 2 orang (mak diorang dan pemandu bot). Bajet filem nih aku rasa ciput ajer kot. Tapi aku puji gak la citer nih coz..suasana dan elemen dramatik dan suspen memang menjadi, aku sampai nak kuar panggung jugak la.
Waktu berbuka, kami ke Restoran Madam Kwan’s. Lovely dishes..Nasi Lemak and Nasi Bojari with sambal petai ..try la, tak rugi bayar mahal, sebab memang sedap. Ermmm,, next time leh la hantar anak-anak balik kampung lagi…hehehheh
Hari ini 9 Ramadhan..terasa letih dan mengantuk sangat. Tak tahu nak cakap macam mana. Alhamdullilah masih teruskan puasa. Suami aku Badrul Hisyam Osman accident Jumaat lepas..abis luka-luka. Kesian jugak..Tapi itulah bawa motor tak hati-hati. Aku masih bersyukur dia selamat dan tiada apa yang serius.
Untuk berhari raya nih..aku cadang nak belikan baju raya anak-anak kat Sogo atau JJ. JJ dah mula offer untuk raya…ermmm untuk anak-anak kena la dahulukan sebelum kita. Sepasang untuk suami dan aku sendiri. Cukup la untuk raya kali ini. Untuk mama nak belikan periuk nasi XXL yang dia idam-idamkan tuh..Insya Allah aku akan penuhi.
Hari ini hari pertama saya start blogging, quite nervous. Tah la kenapa. Dan hari ini juga sudah 5 hari umat islam berpuasa. Alhamdullillah..aku berjaya harungi 5 hari berpuasa dengan penuh keinsafan.
Aku nak mulakan peristiwa hari ini dengan kemaruk aku dengan friendster. Daripada pagi sampai ke petang itulah kerja aku..mengadap fd nih..update macam-macam. Di sini jugalah akhirnya aku bertemu semula dengan kenalan lama aku di SMDB, SMTI, UMS dan juga sahabat-sahabat di MARDI. Haaaa…memang meriah. Lama betul tak jumpa semula dengan kengkawan lama terutamanye geng G7…especially nik, amah dan ida. Sweet memories..what money can’t buy. Buat kengkawan Taiping especially faeeza dan linn..alhamdullillah bertemu juga kiter…itulah realiti kini.
Dan hari ini juga aku kereta aku meragam…ala dah kena RM 110. Rupa-rupanyer ekzos keta aku dah patah. Nasib..nasib. Tapi tak pe..balik menyambut Syawal nanti Insya Allah semuanya OK.
Recent Comments